Sejarah Hello Health Group

Hello Health Group diasaskan oleh James Miles-Lambert pada tahun 2015[4]. Kumpulan ini kemudiannya melancarkan platform pertama mereka iaitu Hello Bacsi di Vietnam pada tahun yang sama.[5]

Pada tahun 2016, Hello Health Group menerima dana berjumlah US$1.5 juta[6]. Pelaburan ini diketuai oleh CMG.Asia dan disertai oleh pelabur-pelabur lain termasuk Charles Toomey, bekas Ketua Perkhidmatan Kesihatan Global di DKSH.[7]

Dalam tahun yang sama, Hello Health Group telah melancarkan Hello Sehat di Indonesia[8] dan Hello Doktor di Malaysia.[9]

Pada tahun 2017, Hello Sayarwon telah dilancarkan di Myanmar sebagai portal kesihatan yang paling lengkap dalam bahasa tempatan.[10]  

Pada tahun 2018, Hello Health Group telah melancarkan Hello Khunmor di Thailand.

Pada tahun berikutnya, kumpulan ini telah menembusi 3 pasaran lain iaitu Hello Krupet di Kemboja,[11]  Hello Yishi di Taiwan, dan Hello Swasthya di India. Dengan ini, Hello Health Group telah berjaya menembusi pasaran di luar Asia Tenggara.[12]

Pada masa yang sama, Hello Health Group turut berjaya mengambil alih[13] portal Marry Baby yang merupakan laman sesawang tentang keibubapaan daripada Ringier Group.[14]

Pada tahun 2020, syarikat ini telah melancarkan Hello Doctor di Filipina.[15]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Hello Health Group http://web.archive.org/web/20191001195500/https://... https://e27.co/news-roundup-asias-digital-health-c... https://e27.co/singapores-hello-health-group-raise... https://biotechinasia.com/2016/07/08/hello-health-... https://dap-news.com/national/2020/01/17/25602/ https://inet.detik.com/business/d-3249570/helloseh... https://news.galengrowth.com/healthtech-startup-he... https://news.galengrowth.com/hello-health-launches... https://hellodoktor.com/ https://hellohealthgroup.com/